CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Terma dan Syarat

Sila baca dengan teliti terma-terma dan syarat pembelian di Tudung Borong @Marina untuk memudahkan urusniaga anda.  Kami ingin anda mendapat hanya yang terbaik dari kami kerana kami sememangnya mengharapkan pembelian yang berulangkali dari anda.

1) Nyatakan nombor kod kain yang di ingini.
(SMS atau emailkan kepada muna.jeyjey@gmail.com)

2) Setelah disahkan ada stok, barulah anda membuat pembayaran.

3) Tempahan anda hanya akan diproses/dibuat setelah pihak kami menerima BAYARAN PENUH dari anda.  Sila emailkan bukti pembayaran.

4) Setelah membuat pengesahan pembayaran dan mendapat nama dan alamat lengkap, kami akan membuat pengeposan dengan menggunakan Pos Laju/ Pos Parcel.

5) Pembatalan/pertukaran tempahan BORONG juga tidak akan dilayan jika ianya dibuat sehari selepas pembayaran diterima kerana pihak kami telah menganggap pihak pembeli telah bersetuju dengan pembelian.

6) Pihak kami tidak akan melayan sebarang pembatalan/pertukaran tempahan setelah tempahan anda diposkan/diambil.

7) Sekiranya penghantaran anda dipulangkan semula kepada kami oleh Pos Malaysia kerana kesilapan alamat yang anda bekalkan, kos penghantaran semula akan ditanggung oleh pihak anda.

8) Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya selepas kami mengepos barang dan apabila cek laporan di Pos Laju Tracking/ Pos Parcel, barang sudah diterima (delivered) oleh pelanggan. Sekiranya tidak diterima ke tangan anda,  anda di kehendaki berurusan dengan pihak Pejabat Pos. Kami akan emelkan bukti pengeposan salinan Pos Laju/ Pos Parcel kepada anda apabila di minta.

9) Semua jualan adalah muktamad.

SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI UNTUK MENCARI REZEKI YANG HALAL LAGI BERKAT.